Saturday, August 22, 2009

warkah untukmu syg..

mungkin engkau tertanya2 mengapa ini yang ku pinta..
sesungguhnya,berat hatiku untuk mlepaskan mu..
namun harusku menahan nafsuku..
demi memelihara diriku seprti kaca yang sukar disentuh..

pada bulan yang mulia ini..
baru ku sedari betapa jahilnya aku kepada pencipta ku..
terlalu lama aku alpha dan lalai terhadap tanggungjawab ku sebagai hambanya..
sesungguhnya,di bulan ramadhan ini..
inginku menebus kembali dosa2 ku..

baru ku sedari cintaku ini hanyalah untuk penciptaku..
ingin ku mengisi rasa cinta dan sayangku untuk penciptaku..
maafkan aku kerana melukai hatimu..
janganlah engkau menangisi kepergianku..
kerana aku melepaskan mu kerana pencipta ku..

inilah jihad ku..
mengorbankan engkau yang amat ku sayangi..
redhai lah perpisahan kita..
tabahkan hatimu syg..
kerana Allah mengetahui apa yg terbaik untuk kita..
dan inilah jalan yang Allah tunjukkan untukku..

inginku ingatkan kepadamu..
jadilah hamba nya yang beriman..
kuatkanlah iman mu seperti air yang sukar dicincang..
dirikan solat mu seolah2 itulah solat terakhirmu..
basahilah lidah mu dengan ayat2 Al-Quran..
beribadah lah bersungguh2 seolah itu hari terakhirmu..
sesungguhnya ajal maut di tgn Tuhan..
kita hanya mampu berserah kepada takdirnya..

akhir kata dariku..
maafkan diriku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik untukmu..
maafkan diriku kerana tidak mampu mengotakan janjiku..
maafkanlah diriku kerana memberimu harapan palsu..
halalkan lah makan minumku..
ku sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia akhirat..
jika kita ditakdirkan bersama..
insyaAllah kita akan dipertemukan semula..
assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment